YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri
Blok Utama,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya


PERKARA: PERMOHONAN PERTIMBANGAN ‘VARIANCE OF PRICE
(VOP)’ BAGI KONTRAKTOR KERAJAAN KHUSUSNYA PROJEK DI
BAWAH KEMENTERIAN-KEMENTERIAN MALAYSIA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Persatuan Kontraktor Pakar Bumiputra Malaysia (PAKAR) ingin menarik
    perhatian pihak YAB Perdana Menteri berhubung tekanan kos yang
    semakin meningkat yang sedang dihadapi oleh kontraktor-kontraktor
    tempatan, khususnya yang sedang melaksanakan projek-projek
    Kerajaan.
  2. Sejak kebelakangan ini, industri pembinaan telah berdepan dengan
    kenaikan mendadak harga bahan binaan seperti simen, besi, bahan
    mekanikal dan elektrikal, serta kos buruh. Keadaan ini telah memberi
    impak besar terhadap aliran tunai dan keupayaan kontraktor untuk
    menyiapkan projek mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan.
  3. Walaupun terdapat inisiatif sebelum ini berkaitan pelarasan harga,
    namun ramai kontraktor masih belum menerima pelarasan yang
    mencukupi untuk menampung kos sebenar semasa. Ini menyebabkan
    sebahagian kontraktor berada dalam keadaan kewangan yang amat
    mencabar, malah berisiko menjejaskan kesinambungan projek-projek
    kerajaan.
  4. Sehubungan itu, pihak PAKAR dengan penuh hormat memohon agar
    pihak kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan Variance of Price
    (VOP) secara menyeluruh dan lebih inklusif kepada semua kontraktor
    yang sedang melaksanakan projek kerajaan. Pelaksanaan VOP ini
    adalah penting bagi:
  • Menjamin kelangsungan kontraktor tempatan, terutamanya
    Bumiputera
  • Mengelakkan projek terbengkalai atau kelewatan
  • Memastikan kualiti kerja kekal terpelihara
  • Menstabilkan ekosistem industri pembinaan negara
  1. Pihak kami percaya bahawa langkah ini bukan sahaja akan membantu
    kontraktor, malah memastikan kepentingan kerajaan dan rakyat terus
    terpelihara melalui penyiapan projek yang lebih lancar dan berkesan.
  2. PAKAR bersedia untuk mengadakan sesi libat urus bersama pihak
    kerajaan bagi memperincikan cadangan ini demi manfaat bersama.
    Sekian, terima kasih.
    “MALAYSIA MADANI”
    Saya yang menjalankan tugas,
    PERSATUAN KONTRAKTOR PAKAR BUMIPUTERA MALAYSIA (PaKAR)
    ……………………………………………………………….
    Dato’ Ts. Haji Mohd Zaidi bin ILamdin, DIMP,KMN
    Presiden
    Persatuan Kontraktor Pakar Bumiputera Malaysia
Category
Tags

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *